Kisah Orang Sekeliling...

Alhamdulillah… setelah berbulan x update blog aku ni, hari ni rajin lak aku nak menaip… apa ntah mimpi…

Hari ni aku nak coret2kan masalah orang yg ada kat sekelling aku hari2… sapa2 yang terasa tu, sila la rasa, dan perbaiki diri hangpa semua agar jadi lebih baik. Xkan nak jadi jahat sampai ke tua, kn? Diri aku bukanlah seorang yg tidak pernah melakukan kesalahan, tidak melaksanakan tanggungjawab yg diberikan, namun dengan sedikit kesedaran yang ada dalam diri ini, mengapa kita tidak berusaha untuk berubah? Tidak ada reformasi dalam diri kita sendiri jika kita tidak mengerakkan reformasi tersebut… ;-)

Dalam post2 aku sebelum ni, aku cukup bengang dengan orang yang x bertanggungjawab. Kalau diikutkan, manusia penuh dengan tanggungjawabnya; sebagai contoh sebagai hamba kepada ALLAH S.W.T, kita wajib melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala yang dilarang. Sebagai anak kita perlu mentaati kedua ibu bapa kecuali jika apa suruhan itu jelas haram dalam Islam. Sebagai insan yang sudah berumah tangga, punya tanggungjawab pada isteri/suami & anak2 depa. Sebagai seorang pekerja, punya tanggungjawab di tempat kerja.

Namun berapakah ramai di kalangan kita yang selalu ambil mudah atas tanggungjawab ni? Ada tanggungjawab yg dibuat, ada yg tidak.

Sebagai contoh, seorang insan ni taat pada kedua ibu bapanya, melayan isteri sebaiknya, namun dia lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya di tempat kerja, selalu “mengular”. Apabila sampai time utk solat, dia solat, namun x melaksanakan dengan sebaiknya, maksudnya dari pandangan kita, dia solat express, tapi xtau la, maybe bacaan dia cepat & betui… hmm…

Contoh lain pula, seorang insan ni orang yang kuat ibadah solatnya, solat 5 waktu siang & malam, banyaknya di surau @ masjid, anak2 juga diajar agar mematuhi suruhan agama, namun hubungannya renggang dengan saudara2nya kerana dia jenis suka berhutang dan tidak melunaskan hutang2 tersebut sehingga bertahun lamanya.

Terdapat banyak contoh2 yang lain… namun apabila kita tegur akan kealpaan depa, mulalah depa ni tarik muka, x mau kawan dengan kita, nak melawan dengan kita… padahal apa yang kita tegur itu adalah untuk 1 kebaikan dan salah 1 sebab kita diturunkan di dunia ini agar dapat menjadi khalifah.

Kadang2 aku teguq, dh depa mai kerja, mai dok lepak2 ja walaupun kerja banyak. Kerja lambat siap, banyak masa yang digunakan untuk buat perkara2 di luar urusan kerja, macam mana pula status rezeki @ gaji yang depa dapat tu? Jika halal, amatlah syukur, namun jika ianya haram, bagaimana mereka menggunakan duit gaji tersebut untuk beli makanan utk ibu bapa, isteri & anak2?

Kalau la depa ni bukan ada dalam list tanggungjawab aku, xdak reja aku nak teguq… biaq la hgpa sesat… hahaha (kadang2 geram gak ngan orang yang still x faham2 bila aku teguq depa)…

Aku berharap agar depa2 ni sedaq la akan kesilapan diri yang telah bertahun depa lakukan, insaf dan bertaubatlah agar kita sentiasa berada dalam jalan yg benar menuju syurga yang indah di alam sana kelak.

*aku bukan seorang ulama, aku hanyalah hamba yang mula tersedar akan kesilapan yang telah aku lakukan dahulu dan mncari jalan utk memperbaiki diri agar aku berada di jalan yang benar…
*jika aku buat salah, sila teguq aku... ;-)

Always Smile… Your Smile Will Make Others to Smile… ;-)

Hari Raya Aidilfitri 1432H

 Sudah lama aku x update blog ni… bukan apa, kalau dok update, ada je orang yg aku nak tembak... konon aku ni baik sangat la… tapi lebih baik menegur orang lain… kelak mungkin kita juga akan berubah…

Aidilfitri 1432H telah memasuki hari yang ke 9 Syawal… aku pun dah start masuk ofis setelah cuti dari 27hb Ogos hingga 6hb Sept 2011. Lama betui cuti, so timbul la rasa malas nak masuk ofis, tapi nak x nak kena masuk gak… nak mencari rezeki untuk tangungan-tangungan yang ada tiap2 bulan… ;-)

Oleh kerana cuti raya aku start awai dan dari 7 beradik kami, hanya aku dan sorg kak aku yg ada kat rumah. Sorag lagi kak aku tengahari sehari sebelum raya baru pulang. Abang2 dan kak aku yg lain ada yg raya kat rumah mertua, kerja dan sibuk ngan hal keluarga masing2. Thus tinggai la aku sebagai sorang lelaki tunggal. So banyak la kerja yang aku kena buat. Oleh sebab aku ni suka dok kat dapur, maka kerja2 basuh 3 ekor ayam, potong 3kg daging menjadi kerja aku. Dan sebab dah lama x buat kerja dapur yang panjang, aku amek masa yg lama dan memenatkan. Dan teruskan buat rendang tok daging dan rendang ayam. Dan of course la resepi tu semuanya dari my mom… aku tolong2 kacau ja… then teruskan rebus nasi impit. Tahun ni guna cap NONA. X banyak pun kerja yg aku buat. Sebab petang tu ada majlis berbuka puasa kat surau depan rumah aku. So lepas asar p la tolong apa yang patut… tahun ni ramai betui yang mai, maybe sebab ramai yg dah bercuti dan esoknya raya. Orang buat kerja ramai muka2 yang sama la tiap2 tahun, tapi ada la tambah muka2 baru… tahun ni menunya ikan siakap stim, daging masak hitam, ayam masak merah, aiq asam (bukan air asam jawa), udang besar masak cabai kena ngan nasi minyak kalau x silap aku. Kena pulak ngan aiq laici, tea tarik ngan kopi. Menu tahun ni lebih pasai dana yang disumbang/dikutip banyak. Cuma x best tahun ni pasai time nak basuh pinggan mangkuk, budak2 hilang p main mercun… terpaksa la geng2 pemuda ni buat semua tu. Sampai masuk waktu Isya pun x abes2 basuh. Nasib baik la ada info depa umum raya esok. Kalau x raya esok, kena la terawih lagi… hehehe…

Hari raya tahun ni aku solat kat surau depan rumah ja berbanding tahun lepas kat masjid. Yang best tahun ni, solat sunat dan khutbah hari raya diketuai oleh Saudara Amer Ibrahim. Sapakah beliau? Mcm saspen je kan, tapi beliau adalah cucu kepada hamba ALLAH yg mewakafkan surau di tanah beliau (kalau x silap la). Saudara Amer ni belajaq di sekolah pondok. Alhamdulillah walaupun usianya lagi muda dari aku, dengan khutbah yang disampaikan tanpa teks, mampu membuatkan makmum memberikan fokus pada khutbah kerana disampaikan dengan pelbagai tone.

Dan seperti biasa, lepas abes khutbah raya, ramai p beraya di rumah2 berdekatan surau, sesuatu rutin tiap2 kali raya. Then abeh tu, aku balik umah, bawak keta p ziarah kubur arwah bapak aku. Baliknya aku tidoq. Hahaha… teruk betui aku ni… orang dok raya aku dok tidoq… last2 my cousin aku muncul dlm bilik utk kejutkan aku… hahahaha…

So ke mana aku beraya tahun ni? For sure xdak la aku beraya ke rumah buah hati pasal aku ni solo dan xdak awek… huhuhu… rumah sedara, sebelah arwah bapak, aku p umah Pak Lang, Mak Chaq. Sebelah mak aku, umah Mak Ngah ngn Mak Lang. then terus lajak ke Kulim pasal nak rasa Nasi Arab yang kak ipaq aku sediakan. Dok cerita depa juai orang kata sedap. So for sure la aku nak merasa jugak. So far x jauh bezanya dengan rasa di Kedai Nasi Arab di Greenwood, Gombak yang aku pernah makan. Cuma kak ipaq aku punya menu, nasi arab + ayam masak merah + aiq asam ATAU nasi arab + daging rendang tok + aiq asam sahaja berbanding menu kt Greenwood yang pelbagai, siap ada kambing lagi.

Gambaq raya? Tahun ni aku x gemor nak jadi model… lagipun baju raya pun yg tahun lepas ja… dan jeles sebab tengok abg aku ngn anak sedara aku masing2 bawak balik kamera Nikon SLR. Banyak betui duit depa… huhuhu… dengan kehadiran Nikon tu, maka terabai dan malulak aku ngan kamera handphone Nokia N82 aku ni… huhuhu…


Hari2 lain, aku dok umah je, kena pulak simpton batuk kembali melanda. Tau la kalau batuk ni ada, bukan batuk ngada, tapi batuk yg sakit sampai ke kepala & perut. So dok umah layan la drama2 omputih yg aku download sebelum & semasa di kampong... download di kampong??? Hebat tu… amek pakej Celcom Broadband utk 1 Minggu, kena RM18. Nak online kena time lepas subuh sampai jam 9 pagi & lepas tengah malam. Waktu2 lain kalau on9 tau saja la betapa slownya. X silap aku kawasan aku bukan wilayah utk Celcom Broadband, pasal dalam web depa pun, kawasan rumah aku cover GPRS & EDGE ja. Tapi nasib baek la termasuk gak signal 3G dari tower yg ada kt area Penang tu. Dpt la merasa. Time subuh aku dapat la download rate dlm 100 kbps. Kalau luar waktu tu. 10 kbps pun x sampai… huhuhu… so dok la plan nak pasang streamyx kat kampong aku… pikiaq balik, sapa yang nak guna pun. Time2 raya, balik kampong baru la nak guna. Jarak nearest DP ke rumah aku mau2 dekat 150 meter, siap kena pasang 1 tiang pulak.

Cukup la kot update utk Aidilfitri 1432H kali ni. Maybe next week aku update pasal benda lain pulak. Tengah nak cari idea… huhuhu…

To all, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin atas segala kesalahan yang telah aku lakukan pada hangpa semua…

"Always Smile... Your Smile Will Make Others to Smile..."

Dah Jahat, Jom La Berubah...

Jahat sangat ka aku ni?

Bila aku tegur untuk kebaikan, aku disalahkan…

Bila aku diam aku pulak yang rasa bersalah sebab x berani ambik tindakan…

Aku bukan la baik sangat pun, tapi kalau kita dah tersedar kita ada buat salah, kena la ambil langkah untuk berubah…

Bukan nak kata kat orang lain, nak kata kat diri sendiri… “mengaku Islam, tapi x laksanakan pun tuntutan dalam Islam”… macam mana ni Zaini???

So kena la berubah… sebelum ubah orang, kita kena ubah diri dulu… sebab ramai orang x suka kita tegur depa kalau diri kita sendiri belum berubah… tapi kenapa perlu fikir macam tu? Terimalah teguran itu dengan sebaiknya dan lakukan perubahan… sebab kalau kita tunggu orang yang tegur kita berubah dulu, baru kita nak berubah dan kalau dia lambat nak berubah, kita pun jadi lambat la untuk berubah… itu pun kalau terdetik dalam diri kita untuk berubah…

Perubahan diri ini depend pada diri masing-masing… samada dah sedar tapi still nak buat lagi dosa @ dah sedar dan bersedia untuk berubah untuk sesuatu yang lebih baik… sebab tiap2 perlakuan kita perlulah mendapat keberkatan dari ALLAH.
Cerita pasal keberkatan, teringat aku time aku belajaq, berapa banyak kuiz, test, assignment, exam yang aku dah tiru kawan2 aku punya? Then aku grad. Rasanya x berkat rezeki aku. So macam mana nak bagi keberkatan pada rezeki itu ada? Ada kawan2 kat luar sana yang leh bagi jawapan?

Tiap-tiap hari, aku terasa selaput dosa semakin menebal. Apa yang perlu aku lakukan untuk menipiskan selaput dosa ini? Ya ALLAH, tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk aku berubah… kayakan aku dengan keberkatanMU… kurangkan aku dengan dugaanMU… hindarkan aku dari Syaitan-Syaitan yang cuba mempengaruhi aku menuju jalan kesesatan… berikanlah aku kesabaran dalam melalui ujian-ujian dariMU.

Kenduri Kawen Kawan-Kawan...

Alhamdulillah last week dapat la aku p kenduri kawan2 aku… walaupun x dapat p semua, tapi dapat p 1 @ 2 kenduri pun jadi la…

4 Jun 2011, aku dapat p kenduri Azrai, kawan UiTM aku time Diploma tu… awal pulak dia kawen. Siap dia pun cakap dia x percaya dia dah kawen… apa la bro, hg dh kerja lama dari aku, so patut la kawen… aku ni baru2 ja kerja, so lambat la lagi kawen… kenduri dia ni kat area Taman Iskandar Bistari dan x jauh dari UiTM Seri Iskandar… pasai kenduri ni gak, dapat la aku jumpa gak budak Diploma UiTM dulu, Shahril dan kami p sekali dengan si Kizan. Plan best ja, bertolak jam 9 pagi dari Gombak, last2 ting tong ting tong dekat jam 11 pagi baru bertolak. Sebab ikut jalan lama, dan tersangkut pulak dengan jem, jam 4 petang baru sampai. Pengantin pun dah buka baju. Katering pun dah kemas2 barang utk balik. Apa2pun tercapai hasrat kami utk makan kenduri dia… jumpa juga Syawal & Yob kat sana. Kira mcm reunion budak2 sebilik time Diploma dulu.

5 Jun 2011, banyak juga kenduri time ni. budak ofis aku, Jalil kawen dekat Penang, Asyraf kenduri kat Taman Batu Caves. Tapi aku p kenduri si Hafis, ex-housemate aku kat Seremban (belah perempuan) pasal 11 Jun 2011 aku x dapat p Kelantan pasai sepupu aku pun kawen time tu. So sekali la p dengan Zizan & Pak Dan.  Siap makan kat tempat VIP lagi, konon2 rombongan pengantin lelaki la… kenduri Asyraf aku p juga, tapi awai sangat kot, sampai2 x dak orang pun. Terus aku roger Pak Dan suruh siap p Seremban.

Dah banyak kenduri kawen kawan2 lama aku yg aku x dapat attend. Sowe la geng, bukan x mau p, tapi ada kekangan yang sebabkan aku x boleh p. So aku minta maaf banyak-banyak…

Lepaih tengok depa semua kawen, teringin jugak aku nak kawen… tapi sapa ek nak kawen ngan aku??? ;-)

I Need Someone...

Aduhai… melengung lagi aku ari ni…

Apa ek nak taip? Nk sembang pasai awek la pulak… dh lama dh sembang pasai awek ni.

Orang pakat dok tanya, “hang xdak awek ka?”. bila aku jawab xdak semuanya x percaya, hensem sangat ka aku ni? hahaha…

Ye la kan, kalau ikut memori ber”awek2” aku dulu, aku ni xdak la hebat sangat… selalu kecundang dek kerana diri aku yang jahat… so sapa la yang nak ngan orang macam aku ni, kan? Huhuhu…

Tapi bila usia hampir menjejaki 28 tahun, naluri hati dok pikiaq jugak pasai kawen… “bila aku leh kawen?”, “sapa nak kawen ngan aku?” dan sebagainya… semua persoalan itu menjelma tika diri keseorangan, kesunyian dalam melalui liku2 kehidupan ini. Takkan nak idup sorang2 kat dunia ni. Hidup perlukan teman. Teman selain rakan adalah isteri yang akan berada selalu di samping diri aku ni.

Orang cakap kalau x cari memang x dapat, tapi kalau dah cari pun x dapat jugak, mungkin belum masanya lagi nak dapat. So kalau nak dapat, mesti kena cari dan kena pada masanya, betui x? ;-)


Kesimpulannya, I need someone… anyone available? ;-)

Gaya Seorang Amatur...




Add caption
layan je la semua gambaq ni... ni semua event time aku ganti big bos aku, ada team building dengan vendor utk projek NEPS kt TM... sekadar nak bagi blog aku idup... hahaha...

Ceritera Mingguan XVII...

Alahai… dh berbulan aku x update blog aku ni. bukannya xdak dh benda nak dok hinggaq2 dlm blog ni, tapi malas nak menaip… balik kerja, walaupun awai, dok download dan layan drama2 @ movie2 ja… hehehe…

Tup2 dh 11 bulan aku jadi staff kontrak kt TM ni. bermaksud ujung bulan ni, abeh la kontrak aku setahun, dan entah ada entah tidak pulak kerja aku lepas ni. terpulang la pada pengurusan TM nak amek x pekerja yang mcm aku ni… x baguih sangat pun, tp aku rasa aku lagi bagus dari orang lain yang bertahun kerja, yang mai kerja tapi x buat sangat kerja… hahaha…

Bulan Jun 2011 ni, ramai la pulak kawan yg kawen… merata tempat dan for sure kalau nak p tu, memang la x sempat nak p semua… so mana2 yg aku x p tu, sowe bebanyak la sbb aku bukan ada sorang kawan ja… huhuhu…

Kehidupan aku kat ofis ni after semua tragedy yg berlaku? Aku kerja mcm biasa la… yg penting aku rasa apa yang aku buat untuk kebaikan. Dan aku berharap dengan cara teguran aku yg salah walaupun niatnya utk kebaikan, akan merubah sesiapa yang berkenaan untuk menjadi orang yang lebih baik, lebih amanah dan mendapat rezeki yang halal & berkat. Kalau tengok situasi, depa x berubah pun. Yang teruk makin teruk. Entah la… mungkin ALLAH perlu turunkan BALA pada mereka sebelum mereka sedar akan kesalahan mereka. Mudah2an mereka semua dapat sedar lebih awal, iaitu sebelum BALA itu diturunkan oleh ALLAH S.W.T.

Ceritera Mingguan XVI...

Dah berminggu-minggu aku x update blog ni… kalau blog ni almari baju, maunya berdebu segenap pelusuk… mungkin beberapa minggu ni aku tertekan dengan keadaan persekitaran di samping beban kerja yg bertambah… mana nak kejar KPI unit lagi… itu la susah jadi bos, nak handle anak buah yang punya banyak ragam. 

Terjebak dengan cara pengurusan yg salah telah menyedarkan aku akan kesalahan itu. Salam kemaafan telah diminta pada anak2 buah yg berkenaan, moga aku dimaafkan. Dan kesalahan itu mengajar aku akan cara pengurusan yang betul. Aku harap, pada masa depan, aku xkan ulangi kesilapan yg sama, dan berharap agar aku dapat menguruskan anak2 buah dengan baik.

Last few month aku dilantik secara tidak rasmi menjadi coordinator utk unit aku, mewakili unit utk satu projek besar syarikat. Projek meningkatkan mutu sistem dengan pengenalan 1 sistem iaitu cantuman dari beberapa sistem yg telah ada sekarang. Instead we login to 4 or 5 systems, in future, we just login to dis one system and we can see all data we needed. But projek ni dah pun ditendang (kick Off), so harap2 unit aku x kena sebagai PILOT site utk projek ni. Kalau unit aku jadi PILOT site utk new system ni, makin bertambah la keja aku... ;-)

Pasai projek ni juga, aku dapat la p honeymoon, a.k.a team building season with vendor, project team and users. Sepatutnya nama aku xdak pun, ye la, aku nib r je keja, pengalaman pun kurg, tp sebab kena ganti bos besaq aku, dapat la aku p bercuti sambil kenai2 ngn sume kt Eagle Ranch Resort, PD last week. Kat sana dapat la merasa peluru paintball yg sampai la ni dok terasa lagi sakitnya, go-kart sampai nak memusing2 go-kart tu dan beberapa lagi aktiviti utk mendekatkan lagi hubungan antara semua yg terlibat utk projek ni. utk my big boss, thanks sebab suruh sy ganti, ye la before ni mana penah main paintball… hahaha… layan la cket gambaq kat bawah ni... of course xdak gmbq aku pasal aku yg tangkap gmbq... ;-)






Bilik Aku... BW34... ;-)

Oleh kerana projek ni besaq, melibatkan migration sistem syarikat utk 1 malaysia, next week ada pulak  workshop utk user2 di peringkat region, contohnya mcm user dari unit aku, dok bersama2 user dari unit lain, berbincang kebaikan dan kelemahan sistem yg ada sekarang, di samping highlight beberapa item yg perlu ada pada sistem br agar sistem br ni dpt memenuhi kehendak user itu sendiri. Kira mcm brainstorming la… dari progress meeting pagi td, maybe total participants will be around  70. Dan kalau aku kena p, penat la, sbb tgk schedule tu, discussion @ brainstorming ut sampai ke 10.30 mlm. Penat seh… nak kena bercakap omputih gak sbb vendor yg terlibat tu, yg aku tau ada dari New Zealand & America. So ujung minggu ni kena la berlatih ckp omputih cket… hahaha… 

Hujung bulan ni, dah plan nak balik kampung… lama x balik seh, last balik raya cina ari tu… lagipun akak aku plan nak pindah masuk umah yg br dia beli tu… to my sis, tahniah sbb dh dpt beli sebiji rumah… aku ni bila la pulak… kawen pun xtau bila… sapa la yg nk kawen ngn aku ni… hahaha… balik kampung nanti, plan 5 ari, termasuk dh apply annual leave 2 ari… plan awai nk stay lebih sehari lagi, tp nampak gayanya xleh la… 2 org geng aku pun ada yg cuti n kursus, terpaksa la stay bercuti 5 ari la… 4hb Mei kena masuk ofis balik… 

Dh tengah2 bulan ni, dompet pun dh mengecil… mana yg dok p travel lagi bulan ni. last week p Port Dickson, maybe next week p Melaka lak… then terus balik kampung, seronok betui… hahaha… to my Mom… mak... tunggu kepulangan anakanda tersayang ni… hahaha…

Cerita pasal gaji ni, 26hb br dapat gaji bulan ni, n rasanya ada bonus… tp x byk rasanya. Sebulan je kot… ye la, aku keja ngn company ni pun cukup2 6 bulan je last week… so istead dpt 2 month = 12 bulan bekerja last year, aku dpt sebulan je kot bonusnya sbb keja 6 bulan ja. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau x dapat, xdak rezeki la… 

Ada juga dulu org ckp aku ni suka tikam orang agar org lebih tahu kerja tu sebenarnya aku yg buat. tp ye la, of course la aku x setuju. Aku tikam orang ke org tikam aku? Aku hanya lakukan kerja aku. Dan kadang2 aku juga kena lakukan kerja depa pasai depa x buat kerja depa. Style aku senang je, my boss bagi kerja, aku buat ja. Aku buat kerja ke x, bos aku je yg tau. Aku xdak la terer pun buat kerja, tp bila org ckp aku tikam depa dari belakang, aku pun pelik. I just do my work, maybe my approach was wrong, and I was so sorry for it and I already seek for forgiveness. But as far as I concern, i will do my job that was assigned to me. Pada aku kerja ni senang ja… bos bagi kerja, kita buat. so bos pun x marah. Settle, balik umah, hati pun senang… hahaha…

Teringat pulak, dengan kepopularan Usop Wilcha sekarang ni, aku google kt tenet, dapat la lagu yg penah dia nyanyi sebelum ni. lirik lagu tu memang best… rasanya sesuai utk mereka yg sedar akan kesalahan mereka, tidak kira kesalahan mereka pada ALLAH S.W.T atau sesama manusia.


To my entire friend, I am asking your forgiveness for all the things that I already done to you. Sama2lah memohon maaf dan memaafkan orang. Moga kita termasuk dalam golongan hamba2NYA yang beriman. ;-)